Tentang Kami

WeCare Allied Health Center telah ditubuhkan pada Mei 2017 oleh dua Pakar Psikologi Klinikal Bertauliah iaitu Farah Putrinegara Ahmad Bahrom dan Shazeema Binti Mashood Shah. Tujuan penubuhan pusat psikologi swasta ini adalah untuk membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan psikologi yang terbaik untuk kanak-kanak dan golongan dewasa yang mempunyai masalah perkembangan atau masalah kesihatan mental.

Kedua-dua Pakar Psikologi Klinikal ini juga turut terkenal dengan kerja-kerja amal mereka dalam menyebarkan kepentingan kesihatan mental dan perkembangan kanak-kanak menerusi laman Facebook mereka “WeCare Psychology Center” dan melalui seminar, ceramah, artikel di suratkhabar dan melalui sesi temubual di television dan radio.

Pasukan Pakar WeCare Allied Health Center terdiri daripada Pakar Psikologi Klinikal (Clinical Psychologists), Pakar Pertuturan dan Bahasa (Speech Language Pathologists), Terapis Carakerja (Occupational Therapist), Pakar Psikiatri, Guru Pendidikan Khas (Special Needs Educator) dan Pakar Audiologi (Audiologists). Kesemua pakar ini berkerjasama untuk menyediakan penilaian komprehensif dan efektif yang khusus untuk keperluan klien kami.

Pasukan WeCare Allied Health Center berpengalaman dan berkebolehan dalam membuat penilaian, diagnosis dan rawatan/terapi untuk kanak-kanak dan golongan dewasa yang mempunyai masalah kesihatan mental seperti masalah tingkahlaku, masalah perkembangan, masalah pembelajaran, masalah emosi, masalah pergaulan dan sebagainya. Selain itu, Pasukan Pakar WeCare Allied Health Center juga terkenal dalam menyediakan penilaian yang berkualiti, komprehensif serta intervensi/terapi yang terbukti secara kajian saintifik kepada klien kanak-kanak, klien dewasa serta ahli keluarga klien. Pasukan Pakar kami juga bersedia untuk bekerjasama dengan pakar lain seperti pakai pediatrik, pakar perubatan atau pakar-pakar lain daripada institusi lain jika perlu untuk kepentingan klien kami.

Kami juga menyediakan perkhidmatan latihan korporat, program stress management, seminar berkaitan dengan kesihatan mental, program kanak-kanak, kaunseling kerjaya dan lain-lain. Kami akan memastikan yang program yang kami sediakan adalah sepsifik kepada keperluan klien kami supaya perkhidmatan kami adalah efektif dan sangat berkesan. Oleh itu, matlamat WeCare Allied Health Center adalah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada klien kami dengan menyediakan perkhidmatan penilaian dan intervensi/terapi daripada pelbagai pakar kesihatan mental/perkembangan.

Pasukan Kami

SHAZEEMA MASHOOD SHAH
PENGARAH / PSYCHOLOGI KLINIKAL
FARAH PUTRINEGARA
PENGARAH / PSYCHOLOGI KLINIKAL
DR. GHULAM ALTAF
PANEL PEDIATRICIAN
NURDERINA MOHD ALIMAN
PENGAJAR KEPERLUAN KHAS
NURUL IMAN TUAN MUSTAPHA
THERAPIST PERTUTURAN
MAZYIANA BINTI NORDIN
THERAPIST PEKERJAAN
AMEERAH ABDUL AZMIL
PENGAJAR KEPERLUAN KHAS
TWINKLE LOK SZE HAN
TRAINEE PSIKOLOGIS KLINIKAL

Tentang Kami

WeCare

Allied Health Center

WeCare Allied Health Center, Level 2, Plaza TTDI, Jalan Wan Kadir 3, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia

Masa Bekerja

Isnin - Sabtu
9.00 pagi - 4.30 petang
(kecuali Hari Cuti Awam)

Hubungi Kami

Nombor Telefon: 03-7732 8285 / 013-8158 285 / 013-8168 285 Emel: info@wecare.my

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay