WeCare Allied Health Center
We Listen, We Treat, We Care.
Sokongan untuk kesihatan mental, perkembangan dan kehidupan seharian.
Kami menyediakan perkhidmatan psikologi dan kesihatan bersekutu untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Temui kami di TTDI atau USJ 21. Sesi terapi dalam talian turut disediakan untuk orang dewasa.

SOKONGAN MENGIKUT KEPERLUAN ANDA
Perkhidmatan kami
Kenali perkhidmatan yang tersedia dan ketahui cara mendapatkan sokongan yang anda perlukan.
Penilaian Psikologi
Penilaian membantu kami memahami kesukaran yang dihadapi, kekuatan diri dan sokongan yang diperlukan. Mulakan dengan sesi konsultasi agar ahli psikologi dapat mencadangkan penilaian yang bersesuaian.
Ketahui tentang penilaianKonsultasi dan Terapi Psikologi
Kami membantu anda menghadapi cabaran emosi, tingkah laku dan kehidupan seharian melalui pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan serta matlamat anda.
Ketahui tentang konsultasi dan terapiTerapi Dalam Talian
Sesi psikologi individu dalam talian disediakan untuk orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.
Ketahui tentang terapi dalam talianTerapi Cara Kerja
Terapi cara kerja membantu kanak-kanak dan remaja mengembangkan kemahiran mengurus diri dan kemahiran motor, memenuhi keperluan sensori, serta menyertai aktiviti di rumah dan di sekolah.
Ketahui tentang terapi cara kerjaTerapi Pertuturan dan Bahasa
Kami membantu kanak-kanak dan remaja yang menghadapi kesukaran pertuturan, bahasa dan komunikasi, serta masalah berkaitan pemakanan atau penelanan.
Ketahui tentang terapi pertuturanProgram Bantuan Pekerja (EAP)
Kami menyediakan bengkel, seminar, saringan dan sokongan psikologi untuk membantu organisasi menjaga kesejahteraan pekerja.
Ketahui tentang perkhidmatan EAP
WeShine Child Development Centre
WeShine menyediakan intervensi awal dan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas dengan menggabungkan matlamat pembelajaran individu, terapi dan sokongan keluarga.
PENDEKATAN KAMI
Memahami anda ialah langkah pertama.
Setiap individu mempunyai pengalaman, kekuatan dan kebimbangan yang tersendiri. Kami meluangkan masa untuk memahami kesukaran yang anda atau anak anda hadapi, menerangkan pilihan yang tersedia, dan bersama-sama berusaha mencapai matlamat yang bermakna bagi anda.
Apabila bersesuaian, kami bekerjasama dengan keluarga, penjaga, pihak sekolah dan profesional lain agar sokongan yang diberikan dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.
TEMUI KAMI DI WECARE
Dua lokasi kami
Perkhidmatan bersemuka disediakan melalui janji temu. Ketersediaan perkhidmatan dan ahli terapi berbeza mengikut cawangan.
TTDI, Kuala Lumpur
B-2-11, Level 2, Plaza TTDIJalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala LumpurLihat di Peta Google
USJ 21, Subang Jaya
25-2, Jalan USJ 21/10, USJ 2147630 Subang Jaya, SelangorLihat di Peta Google
