Apakah Itu Virtual Autism?

Sejak kebelakangan ini, bilangan diagnosis Autism yang diberi kepada kanak-kanak di dunia, melonjak naik.

Namun, adakah benar-benar mereka ini menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD)?

Sebuah terma diperkenalkan, iaitu Virtual Autism disyaki menjadi punca kepada mengapa bilangan diagnosis ini meningkat.

Virtual Autism bukanlah sejenis kategori Autism, tetapi hanyalah gelaran yang diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai tumbesaran yang lewat, sehingga munculnya simptom-simptom seperti Autism. Pada hakikatnya, mereka ini bukanlah menghidap Autism pun.

Ia juga dikenali sebagai Pseudo-Autism.

Pada zaman teknologi dan gajet sekarang, kanak-kanak generasi Alpha (lahir selepas 2010) terdedah kepada skrin dan gajet pada usia yang amat awal.

Apabila sehingga ke peringkat ketagihan, kanak-kanak ini akan lebih meluangkan masa dengan skrin dan kurang menjelajah dunia ini, yang kritikal untuk tumbesaran mereka secara holistik.

Apabila terlalu leka dengan skrin, mereka akan mengalami kelewatan tumbesaran:

1. Sosial
Masa muda sepatutnya digunakan untuk bersosial dan berinteraksi dengan manusia lain. Ketika ini mereka akan belajar mengenai komunikasi tidak langsung, pandangan mata, sentuhan tangan, isyarat telunjuk dan sebagainya.

Tetapi kerana masa bersosial itu digunakan kepada gajet, maka tumbesaran sosial mereka menjadi terbantu.

2. Pertuturan
Apabila tidak berinteraksi dengan manusia lain, maka komunikasi pertuturan juga kurang berlaku. Terlalu asyik dengan skrin, malah pula di skrin itu, komunikasi berbentuk satu hala (tiada interaksi manusia) dengan video, gambar atau games, ini memberi kesan negatif kepada perkembangan pertuturan mereka.

3. Skil Motor Kasar & Halus dan Sensori
Kanak-kanak belajar melalui bermain (bukan bermain tablet). Melalui pergerakan seperti memanjat, melompat, berlari dan sebagainya, membantu untuk kembangkan skil motor kasar mereka. Perkara sama juga untuk skil motor halus melalui aktiviti yang tertentu.

Namun kerana mereka tidak berkelakuan seperti kanak-kanak yang aktif ke sana ke mari, kesan negatif berlaku kepada perkembangan psikomotor, yang akhirnya menjadi lewat dari kebiasaan.


Virtual Autism bukanlah kanak-kanak itu mempunyai Autism.

Ia sebuah terma yang diperkenalkan sebagai kondisi seseorang kanak-kanak yang mempunyai simptom seolah-olah seperti Autism.

Dalam kes ini, apabila kanak-kanak ini dipisahkan atau dihadkan penggunaan skrin dalam sehari, simptom-simptom mereka yang seperti Autism itu mula hilang, dan mereka muka berkelakuan seperti kanak-kanak lain.

Sebab itu penting kita fahami bahawa, skrin tidak sesekali boleh menggantikan peranan kita sebagai ibu bapa atau penjaga.

Mengikut panduan oleh American Academy of Paediatrics (2016), penggunaan skrin oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:

  • 0-18 bulan : Langsung tiada skrin, kecuali untuk panggilan video dengan ahli keluarga (Skype / Face Time)
  • 18-24 bulan : Program berkualiti tinggi sahaja, dan penggunaan mestilah bersama-sama dengan ibu bapa (bukan bersendirian)
  • 2-5 tahun : Hanya 1 jam sehari, dan tidak dibenarkan ketika waktu makan dan 1 jam sebelum tidur
  • 5 tahun dan ke atas : Penekanan kepada konten seperti kemahiran akademik, pembelajaran kognitif dll.

Waktu kanak-kanak merupakan waktu berharga. Otak mereka ibarat span yang menyerap semuanya, dan bakal menjadi personaliti, kemampuan dan pemikiran mereka sehingga ke dewasa kelak.

Sayanglah andai dibazirkan dengan penggunaan gajet semata-mata, sebagai alat untuk “sibukkan anak” atau “diamkan mereka” daripada menangis.

Leave a Comment

Tentang Kami

WeCare

Allied Health Center

WeCare Allied Health Center, Level 2, Plaza TTDI, Jalan Wan Kadir 3, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia

Masa Bekerja

Isnin - Sabtu
9.00 pagi - 4.30 petang
(kecuali Hari Cuti Awam)

Hubungi Kami

Nombor Telefon: 03-7732 8285 / 013-8158 285 / 013-8168 285 Emel: info@wecare.my

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay