Program Bantuan Pekerja (EAP)
KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN DI TEMPAT KERJA
Sokongan untuk insan yang menggerakkan organisasi anda.

Program Bantuan Pekerja (EAP) WeCare menggabungkan sokongan psikologi, pendidikan kesihatan mental dan aktiviti kesejahteraan untuk pekerja.
Bincangkan keperluan organisasi anda dengan pasukan kami. Kami menyediakan program yang bersesuaian, daripada bengkel bertema khusus hingga sokongan berterusan untuk pekerja.
Dapatkan maklumat tentang EAPTENTANG EAP KAMI
Sokongan praktikal untuk menghadapi cabaran di tempat kerja dan dalam kehidupan peribadi.
Pekerja mungkin menghadapi tekanan, kesukaran emosi atau masalah peribadi yang menjejaskan kesejahteraan mereka di tempat kerja dan dalam kehidupan seharian. Program Bantuan Pekerja memudahkan akses kepada sokongan profesional, di samping membantu organisasi meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental.
Perkhidmatan kami boleh dirancang mengikut keperluan tenaga kerja, keutamaan dan sumber yang tersedia dalam organisasi anda, dengan aturan yang jelas untuk mendapatkan sokongan.
Cara WeCare menyokong organisasi anda
Bengkel dan seminar
Pendidikan kesihatan mental dan sesi praktikal merangkumi topik seperti pengurusan tekanan, kesejahteraan emosi dan komunikasi yang lebih sihat di tempat kerja. Topik dan objektif sesi akan dibincangkan bersama organisasi anda.
Terapi melalui rujukan pihak pengurusan
Pengurus atau pasukan sumber manusia boleh merujuk pekerja untuk mendapatkan sokongan psikologi. Aturan rujukan, persetujuan pekerja dan sebarang perkongsian maklumat akan dijelaskan sebelum sesi bermula.
Kesejahteraan pekerja
Sokongan dan strategi praktikal membantu pekerja mengurus tekanan harian, membina kemahiran daya tindak dan menjaga kesejahteraan diri. Aktiviti boleh disesuaikan dengan keperluan pekerja anda.
Saringan kesihatan mental
Saringan membantu mengenal pasti isu kesejahteraan dan keperluan sokongan. Dapatan saringan menjadi panduan untuk membincangkan langkah seterusnya yang bersesuaian. Penilaian lanjut mungkin disarankan.
Program yang disesuaikan dengan keperluan pasukan anda.
Kongsikan maklumat tentang organisasi anda, bilangan pekerja yang ingin diberi sokongan dan perkhidmatan yang anda pertimbangkan. Pasukan kami akan membincangkan skop, aturan pelaksanaan dan langkah seterusnya bersama anda.
Bagi rujukan pihak pengurusan dan saringan, kami akan menjelaskan cara pekerja dimaklumkan, cara persetujuan diperoleh dan maklumat yang boleh dikongsi dengan organisasi.
MARI BINCANGKAN KEPERLUAN ORGANISASI ANDA
Dapatkan maklumat tentang EAP
Lengkapkan maklumat di bawah. Pasukan kami akan menghubungi anda.
Lebih selesa menggunakan WhatsApp? Hubungi pasukan kami.
