“Anak dia speech delay.. Mungkin ada AUTISME tu….”
Betul ke ada Autism?
Sebenarnya, jawapan bergantung kepada Individu/kanak-kanak tersebut

 

KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI SPEECH DELAY TIDAK SEMESTINYA ADA AUTISME

 

Tetapi, kanak-kanak yang mempunyai Autisme mempunyai Speech Delay.
“Tapi, anak kawan saya yang ada autisme tu boleh bercakap!”
“Speech Delay” adalah salah satu daripada ciri-ciri autisme.
“Speech delay” ni TIDAK BERMAKSUD yang SEMUA budak yang ada AUTISME TIDAK BOLEH BERCAKAP LANGSUNG.
Speech Delay bermaksud seseorang individu mempunyai masalah pertuturan iaitu sama ada tidak bercakap atau lambat bercakap ataupun perkembangan dalam pertuturan tidak setaraf dengan budak yang sama umur dengannya.

 

APA ITU AUTISME?

 

“Neurodevelopmental disorders” adalah diagnosis masalah perkembangan yang selalunya diberikan kepada kanak-kanak, seawal 3 tahun dan Autisme adalah salah satu “Neurodevelopmental disorders”.
Individu yang diberikan diagnosis ini mesti mempunyai masalah dalam 3 aspek iaitu dari:-

 

  1. Segi masalah pertuturan (speech delay)
  2. Masalah pergaulan (Tidak berminat untuk bergaul atau bersosial)
  3. Mmpunyai tingkahlaku stereotipikal (e.g. tingkahlaku terhad dan berulang yang mungkin dianggap aneh oleh masyarakat dan obsesi terhadap sesuatu benda/isu).
Ada segelintir individu yang mempunyai autisme mempunyai KEPANDAIAN DALAM SATU BIDANG (gifted/savant), tapi ini adalah SANGAT JARANG.

 

SIAPA YANG BOLEH MEMBERI DIAGNOSIS AUTISME?

 

Di Malaysia, hanya Pakar Psikiatri, Pakar kanak-kanak yang mempunyai penghususan dalam “Child Development” atau dipanggil “Developmental Pediatrician” dan Pakar Psikologi Klinikal sahaja yang boleh memberi diagnosis ini.
Walaubagaimanapun, jika kes adalah terlalu rumit dan sukar untuk dinilai pakar pediatrik dan psikiatri akan menghantar anak untuk penilaian ke pakar psikologi klinikal. Beza penilaian yang dilakukan oleh Pakar Psikologi Klinikal dengan pakar-pakar yang lain adalah penilaian yang dibuat adalah lebih komprehensif dengan menggunakan alat psikologi yang sesuai.

 

APAKAH TANDA-TANDA YANG MENUNJUKKAN YANG ANAK SAYA MUNGKIN ADA AUTISME?

 

1. Masih tidak boleh bercakap/ tidak boleh berkomunikasi
2. Kurang kurang “eye contact”- tidak melihat muka orang lain bila orang itu cuba berkomunikasi dengannya.
3. Suka menyendiri/ bermain seorang
4. Mempunyai tingkah laku aneh seperti “hand flapping”, “finger flicking” (cuba lihat contoh di video di bawah)
5. Ada obsesi dengan sesuatu- jika ganggu barang tersebut, dia akan marah.
6. Suka menyusun barang-barang dalam satu baris, jika ada orang mengganggunya, dia akan mengamok.
7. Tidak akan bergaul dengan orang lain
8. Tidak memberi reaksi/wajahnya tidak menunjukkan emosi.
9. Ada echolalia.. Iaitu dia akan ulang sesuatu perkataan /frasa yang dia dengar.
10. Cara dia bercakap adalah berbeza dengan orang lain.

 

BAGAIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN BANTUAN JIKA SAYA RASA ANAK SAYA MUNGKIN ADA CIRI-CIRI AUTISME?

 

Dapatkan penilaian psikologi komprehensif daripada pakar psikologi klinikal, pakar psikiatri atau pakar kanak-kanak dengan penghususan dalam “child development” dengan segera.

 

PROSEDUR UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN DENGAN DOKTOR KERAJAAN

 

Pertama sekali, bawa anak berjumpa dengan doktor di klinik. Doktor di klinik akan memberi surat rujukan untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Jika pakar kanak-kanak tidak dapat membuat penilaian ataupun rasa yang kes adalah sangat rumit, mereka akan hantar anak untuk berjumpa dengan pakar psikologi klinikal. Perlu diingatkan yang jumlah pakar psikologi klinikal di Malaysia adalah sangat kurang. Ini adalah prosedur untuk yang ingin berjumpa dengan doktor kerajaan.

 

PROSEDUR UNTUK BERJUMPA DENGAN PAKAR SWASTA

 

Untuk yang ingin berjumpa dengan doktor swasta, boleh terus berjumpa dengan Pakar Psikologi Klinikal, Pakar Psikiatri atau Pakar Kanak-Kanak (dengan penghususan dalam child development)

 

MALAYSIA VS. LUAR NEGARA

 

Secara umum, di negara-negara lain, penilaian Autisme dilakukan oleh pakar psikologi klinikal. Di Malaysia, ada kekangan dari segi kepakaran ini. Berita Harian (1 july 2017) telah mengeluarkan keratan akhbar yang menyatakan hanya 140 pakar psikologi klinikal bertugas di Malaysia.

 

AMAT PENTING UNTUK MENDAPATKAN PENILAIAN DARI PIHAK YANG BENAR

 

Perlu diingatkan bahawa tahap teruknya setiap simptom dalam setiap diagnosis adalah berbeza kerana setiap individu adalah berbeza.
Oleh itu, adalah amat penting untuk mendapatkan penilaian psikologi yang komprehensif daripada Ahli Psikologi Klinikal atau pakar-pakar yang lain yang telah dibincangkan di atas untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Untuk Pakar Psikologi Klinikal, selain daripada membuat penilaian samada kanak-kanak tersebut mempunyai Autisme atau tidak, Pakar Psikologi Klinikal juga akan turut membuat penilaian untuk mengetahui jika kanak-kanak tersebut turut mempunyai masalah lain seperti masalah hyper, slow learner, masalah emosi, dan sebagainya.

Leave a Comment

Tentang Kami

WeCare

Allied Health Center

WeCare Allied Health Center, Level 2, Plaza TTDI, Jalan Wan Kadir 3, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia

Masa Bekerja

Isnin - Sabtu
9.00 pagi - 4.30 petang
(kecuali Hari Cuti Awam)

Hubungi Kami

Nombor Telefon: 03-7732 8285 / 013-8158 285 / 013-8168 285 Emel: info@wecare.my

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay