Panduan Untuk Proses Penilaian Psikologi Untuk ADHD

“Anak saya hyper sangat… tak boleh duduk diam… sukar nak focus…. Cikgu pun selalu complaint…”

Ini adalah antara ciri-ciri anak yang mempunyai ADHD-Attention Deficit Hyperactivity Disorder (Masalah Tumpuan dan masalah hyperaktif). Sebenarnya, semua anak mempunyai ciri-ciri yang disebut di atas, tetapi apa yang berbeza adalah tahap seriusnya ciri-ciri tersebut dan jika ia boleh diberi diagnosis ADHD.

APA ITU ADHD?

“Neurodevelopmental disorders” adalah diagnosis masalah perkembangan yang selalunya diberikan kepada kanak-kanak, seawal 3 tahun dan ADHD adalah salah satu “Neurodevelopmental disorders”.

ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) ataupun masalah hyperaktif dan tidak boleh fokus adalah satu masalah perkembangan yang dihadapi oleh sesetengah budak-budak. Antara simptom-simptom masalah ini adalah:-

a) Tidak boleh fokus dalam kelas
b) Tidak boleh duduk diam
c) Selalu hilangkan barang-barang
d) Melakukan careless mistakes dalam kerja sekolah
e) Mempunyai masalah untuk menghabiskan kerja rumah
f) Selalu berlari-lari/lompat
g) Suka berkhayal
h) Tidak dapat memberi tumpuan di dalam kerja yang diberi kepadanya
i) Perhatiannya senang dialih

Ada tiga jenis ADHD iaitu:- 

1. Inattentive Type – Budak-budak yang ada ADHD jenis ini mempunyai simptom tidak boleh focus lebih banyak daripada simptom hyperaktif.

2. Hyperactive Type – Budak-budak yang ada ADHD jenis ini mempunyai simptom hyperaktif lebih banyak daripada simptom masalah tumpuan.

3. Inattentive and hyperactive type (Combined) – Budak-budak yang mempunyai ADHD jenis ini mepunyai kedua-dua simptom hyperaktif dan tidak boleh fokus.

Budak-budak yang seringkali mempunyai masalah ini selalu dilabel malas ataupun nakal. Penilaian ini mesti dibuat secara teliti dan hanya jika kanak-kanak mempunyai kriteria yang cukup, dia akan diberi diagnosis ADHD.

SIAPA YANG BOLEH MEMBERI DIAGNOSIS ADHD?

Di Malaysia, hanya Pakar Psikiatri, Pakar kanak-kanak yang mempunyai penghususan dalam “Child Development” atau dipanggil “Developmental Pediatrician” dan Pakar Psikologi Klinikal sahaja yang boleh memberi diagnosis ini. Walaubagaimanapun, jika kes adalah terlalu rumit dan sukar untuk dinilai pakar pediatrik dan psikiatri akan menghantar anak untuk penilaian ke pakar psikologi klinikal. Beza penialain yang dilakukan oleh Pakar Psikologi Klinikal dengan pakar-pakar yang lain adalah penilaian yang dibuat adalah lebih komprehensif dengan menggunakan alat psikologi yang sesuai.

APAKAH TANDA-TANDA YANG MENUNJUKKAN YANG ANAK SAYA MUNGKIN ADA ADHD?

1. Tidak boleh duduk di satu tempat- selalu berlari-lari/lompat

2. Tidak boleh focus dan susah untuk melaksanakan aktiviti harian/ aktiviti di sekolah.

3. ‘fidget’- selalu bergerak-gerak apabila duduk, akan main dengan tangan atupun goyang kaki.

4. Impulsive- akan melakukan sesuatu tanpa berfikir. Buat sesuatu dulu, baru berfikir tentang apa yang telah dilakukan.

5. Selalu hilangkan barang- di sekolah/rumah

6. Tidak boleh/ susah untuk ikut arahan.

7. Bercakap terlalu banyak.

8. Susah untuk faham cerita yang diceritakan olehnya.

9. Suka berkhayal.

10. Tidak boleh selesaikan task/homework/ aktitivit yang diberikan kepadanya.

11. Cepat bosan.

12. Cikgu membuat aduan yang anak tak boleh focus, tidak boleh duduk diam dan selalu kacau budak lain.

BAGAIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN BANTUAN JIKA SAYA RASA ANAK SAYA MUNGKIN ADA CIRI-CIRI ADHD?

Dapatkan penilaian psikologi komprehensif daripada pakar psikologi klinikal, pakar psikiatri atau pakar kanak-kanak dengan penghususan dalam “child development” dengan segera.

APAKAH MAKSUD PENILAIAN KOMPREHENSIF UNTUK ADHD?

Penilaian komprehensif merangkumi interviu dengan ibubapa mengenai anak, sesi observation dan juga menggunakan alat psikologi seperti ADHD Rating Scale ataupun Conners Rating Scale. Selain itu, Pakar psikologi klinikal juga akan membuat saringan untuk menentukan jika anak ada masalah lain seperti, masalah perkembangan, masalah pertuturan ataupu ada masalah pembelajaran (dyslexia). Penilaian komprehensif seperti ini akan mengambil masa lebih daripada 2 sesi dengan anak anda. Setiap sesi akan berlangsung sekurang-kurangnya 1 jam.

PROSEDUR UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN DENGAN DOKTOR KERAJAAN

Pertama sekali, bawa anak berjumpa dengan doktor di klinik. Doktor di klinik akan memberi surat rujukan untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Jika pakar kanak-kanak tidak dapat membuat penilaian ataupun rasa yang kes adalah sangat rumit, mereka akan hantar anak untuk berjumpa dengan pakar psikologi klinikal. Perlu diingatkan yang jumlah pakar psikologi klinikal di Malaysia adalah sangat kurang. Ini adalah prosedur untuk yang ingin berjumpa dengan doktor kerajaan.

PROSEDUR UNTUK BERJUMPA DENGAN PAKAR SWASTA

Untuk yang ingin berjumpa dengan doktor swasta, boleh terus berjumpa dengan Pakar Psikologi Klinikal, Pakar Psikiatri atau Pakar Kanak-Kanak (dengan penghususan dalam child development)

MALAYSIA VS. LUAR NEGARA

Secara umum, di negara-negara lain, penilaian ADHD dilakukan oleh pakar psikologi klinikal. Di Malaysia, ada kekangan dari segi kepakaran ini. Berita Harian (1 july 2017) telah mengeluarkan keratan akhbar yang menyatakan hanya 140 pakar psikologi klinikal bertugas di Malaysia.

AMAT PENTING UNTUK MENDAPATKAN PENILAIAN DARI PIHAK YANG BENAR

Perlu diingatkan bahawa tahap teruknya setiap simptom dalam setiap diagnosis adalah berbeza kerana setiap individu adalah berbeza.

Oleh itu, adalah amat penting untuk mendapatkan penilaian psikologi yang komprehensif daripada Ahli Psikologi Klinikal atau pakar-pakar yang lain yang telah dibincangkan di atas untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Untuk Pakar Psikologi Klinikal, selain daripada membuat penilaian samada kanak-kanak tersebut mempunyai ADHD atau tidak, Pakar Psikologi Klinikal juga akan turut membuat penilaian untuk mengetahui jika kanak-kanak tersebut turut mempunyai masalah lain seperti masalah disleksia, slow learner, masalah emosi, dan sebagainya.

4 thoughts on “Panduan Untuk Proses Penilaian Psikologi Untuk ADHD”

    1. Hi puan, puan boleh rujuk kepada hospital yang ada psikologis klinikal untuk dapatkan konsultasi dan penilaian sekiranya perlu. Hospital kerajaan dan swasta ada perkhidmatan psikologi klinikal juga. Puan cuma perlu tanya sama ada pihak hospital perlukan surat rujukan atau tidak. Untuk klinik swasta seperti klinik kami, tidak perlu surat rujukan, boleh whatsapp ataupun call untuk appointment.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
1
Hello there,
How can I help you?