Penilaian Untuk Masalah Pembelajaran (Specific Learning Disorder/Dyslexia)

“Anak saya lambat membaca..” 
“Anak kawan saya dah boleh baca tapi anak saya belum boleh hafal ABC pun”
“Anak saya tak boleh mengira”
“Anak saya dah masuk tadika tapi masih tak boleh menulis”
“Bila anak saya tulis huruf2 ABC, mesti tunggang terbalik”

SEBENARNYA, APA TU DYSLEXIA?

Diagnosis yang tepat adalah bukan istilah “Dyslexia” tetapi “Specific Learning Disorder” atau SLD. Dalam Bahasa Melayu adalah “Masalah Pembelajaran Spesifik”.

Diagnosis ini diberikan kepada seseorang kanak-kanak yang menepati kriteria di bawah:

  1. Mempunyai masalah 3M (Membaca, menulis dan/atau mengira)
  2. Umur minda/pemikiran sama dengan rakan2, (ertinya IQ normal)
  3. Perkembangan semua normal (tak ada delay), iaitu tidak ada masalah pertuturan dan lain-lain seperti “Intellectual Disability”
  4. Tidak mengalami ganguan emosi semasa process pembelajaran 3M ini (contohnya, tidak ada masalah stress atau anxieti semasa berada di tadika atau di darjah 1)
  5. Cukup “exposure”/latihan dengan kemahiran 3M (ada kindergarten, parents dah ajar kat rumah, cikgu darjah 1 dah ajar juga)
  6. Umur lebih dari 7 Tahun

Maksudnya sini, kalau salah satu kriteria diatas tidak ditetapi, ada kemungkinan yang anak Tuan/Puan tidak mempunyai Dyslexia/Specific Learning Disorder, tetapi masalah perkembangan lain.

DI MANA BOLEH DAPATKAN PENILAIAN UNTUK SPECIFIC LEARNING DISORDER/DYSLEXIA?

Di Malaysia, ada banyak pihak yang mengaku boleh membuat “penilaian” untuk Disleksia tetapi, siapakah pakar yang sebenar dan bagaimana nak pastikan samada penilaian tersebut adalah penilaian yang sesuai?

Di Luar Negara, Pakar yang boleh membuat penilaian Untuk Specific Learning Disorder/Dyslexia adalah PAKAR PSIKOLOGI PENDIDIKAN (Educational Psychologist) atau PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL (Clinical Psychologist).

KENAPA HANYA PAKAR PSIKOLOGI PENDIDIKAN ATAU PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL BOLEH MEBERI DIAGNOSIS UNTUK SPECIFIC LEARNING DISORDER / DYSLEXIA?

Ini adalah kerana, hanya kedua-dua Pakar ini yang ditauliahkan untuk menjalankan Penilaian IQ. Seperti yang disebutkan di atas, sebelum memberi Diagnosis Specific Learning Disorder,

Pakar ini MESTI MEMBUKTIKAN bahawa IQ INDIVIDU tersebut adalah sekurang-kurangnya NORMAL. Jika IQ INDIVIDU tersebut adalah di bawah kategori NORMAL, ada kemungkinan besar yang DIAGNOSIS SPECIFIC LEARNING DISORDER/DYSLEXIA TIDAK SESUAI untuk INDIVIDU tersebut. Jika diagnosis masih juga diberikan, ada kemungkinan berlakunya MISDIAGNOSIS.

KENAPA “MISDIAGNOSIS” INI BAHAYA?

Misdiagnosis akan menyebabkan seseorang mendapatkan intervensi yang tidak sesuai dan boleh membawa mudarat kepada individu tersebut. Umpamanya seseorang salah diagnosis medical akan mendapat ubat yang salah yang akan menyebabkan individu tersebut tidak pulih atau bertambah sakit.

Untuk makluman Tuan/Puan, Penilaian IQ bukan di bawah kepakaran Pakar-pakar lain Seperti Pakar Pediatrik/Pakar Kanak-kanak dan Pakar Psikiatrist.

PENILAIAN UNTUK SPECIFIC LEARNING DISORDER/DSYLEXIA

Penilaian Untuk mengetahui samada seseorang Individu layak diberikan diagnosis Specific Learning Disorder atau Disleksia perlu mempunyai komponen di bawah.

1. PENILAIAN IQ:

Penilaian IQ adalah penilaian untuk mengetahui kebolehan seseorang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah mengikut kategori umur individu tersebut.
Penilaian IQ yang selalunya digunakan adalah “Wechsler” Intelligence Tests untuk individu yang boleh bercakap atau verbal.

CTONI/LEITER digunakan untuk individu yang tidak boleh bercakap atau ada masalah pertuturan.

Jika nama IQ test yang dilakukan untuk anda/anak anda bukan IQ test yang saya sebutkan ini, buat semakan kembali kesahihan IQ test yang telah digunakan.

2. PENILAIAN PERKEMBANGAN:

Penilaian perkembangan adalah penilaian yang boleh mengenalpasti kebolehan seseorang bertutur, bergaul, kebolehan pergerakan kasar dan halus, kebolehan berfungsi di komuniti dan kebolehan penjagaan diri.

3. PENILAIAN KEMAHIRAN 3M:

Penilaian kemahiran 3M adalah penilaian berkaitan kebolehan individu menulis, membaca dan mengira.

Ini adalah penilaian yang seringkali dianggap sebagai penilaian untuk mengetahui jika seseorang mempunyai ada Specific Learning Disorder/Dyslexia. Ia adalah komponen yang penting tetapi tidak cukup sebagai bukti untuk mendapatkan diagnosis Specific Learning Disorder, jika tidak dijalankan dengan ujian Penilaian IQ dan Penilaian Perkembangan.

4. PENILAIAN UNTUK MASALAH PERKEMBANGAN LAIN (JIKA PERLU)

Untuk komponen ini, ia hanya dijalankan oleh Pakar Psikologi Klinikal jika perlu, bergantung kepada simptom2 lain yang ada pada individu tersebut.

Contohnya, jika individu tersebut mempunyai masalah memberi tumpuan dan tak boleh duduk diam, penilaian spesifik juga perlu dilakukan untuk mengetahui jika individu tersebut mempunyai ADHD (sejenis masalah perkembangan lain, bukan Dyslexia), atau jika kanak2 tesebut ada masalah pergaulan dan mempunyai tingkahlaku “stereotypical” (Seperti tiptoeing, kerap susun mainan, suka pusing2 dll), ujian perlu dilakukan untuk mengetahui jika individu tersebut mempunyai Autisme.

PAKAR MANA YANG BOLEH MEMBUAT UJIAN YANG MEMPUNYAI KOMPONEN YANG DISEBUTKAN?

Jawapannya: PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL (CLINICAL PSYCHOLOGIST)

Seperti yang diterangkan, pakar psikologi pendidikan mungkin boleh menjalankan penilaian yang mempunyai IQ test, Penilaian Perkembangan dan Penilaian Education/3M, tapi Penilaian terakhir iaitu penilaian untuk mengetahui jika individu mempunyai masalah perkembangan lain jatuh di bawah kepakaran Pakar Psikologi Klinikal (Clinical Psychologist).

Pakar pediatrik mungkin boleh menjalankan penilaian perkembangan tetapi penilaian IQ bukan di bawah kepakaran beliau

Pakar psikiatrist boleh membuat penilaian untuk mengetahui jika seseorang mempunyai masalah perkembangan atau masalah kesihatan mental lain, tapi selalunya mereka akan buat “tag team” atau berkerjasama dengan Pakar Psikologi Klinikal untuk bahagian IQ test atau untuk “second opinion”.

KENAPA KENA TUNGGU UMUR ANAK 7 TAHUN BARU BOLEH BUAT DIAGNOSIS UNTUK SPECIFIC LEARNING DISORDER/DYSLEXIA?

Secara umum, kanak-kanak hanya “expected” untuk mengenal ABC pada umur 5 tahun. Lain orang lain kebolehan, so dari segi 3M, ada kanak-kanak yang “late bloomers” yang hanya boleh dapat memahami proses 3M apabila umur mengjangkau 6 tahun ke atas.

Kadang-kadang, ada segelintir kanak-kanak yang tiba-tiba boleh membaca apabila umur dah hampir 7 tahun. So ini adalah untuk memberi kanak-kanak “late bloomers” peluang untuk “Catch Up” dengan rakan-rakan umur.

SEMUA KANAK-KANAK DENGAN SPECIFIC LEARNING DISORDER MEMPUNYAI SIMPTOM YANG SAMA KE?

TIDAK SAMA.

Perlu diingatkan bahawa setiap kanak-kanak (atau individu) yang mempunyai Specific Learning Disorder mempunyai kombinasi simptom yang berlainan dengan tahap kelemahan yang berbeza.

Specific Learning Disorder adalah masalah berkaitan dengan MEMBACA, MENULIS DAN/ATAU MENGIRA.

So ia boleh jadi pelbagai kombinasi daripada tiga kemahiran ini dengan tahap kelemahan yang berbeza.

Contohnya,

Adik A: mungkin ada masalah membaca dan menulis

Adik B: mungkin boleh membaca tapi lebih lambat berbanding rakan-rakan sebaya dan tidak faham apa yang di baca

Adik C: mempunyai masalah menulis tapi boleh membaca

INTERVENSI YANG SELALU DIKAITKAN DENGAN SPECIFIC LEARNING DISORDER (DYSLEXIA)

1. Belajar 3M dengan kaedah Multi Sensori (Special Needs Teacher, Educational Psychologist, Clinical Psychologist)

2. Fine motor skills Training (Occupational Therapist)

3. Learning Comprehension Skills (Speech Therapist, Educational Psychologist, Clinical Psychologist)

Sebab inilah PENILAIAN KOMREHENSIF OLEH PAKAR PSIKOLOGI KLINIKAL adalah penting supaya IbuBapa/Individu tahu tahap masalah mereka secara spesifik, untuk intervensi yang spesifik. Salah faham simptom, boleh salah “Dos” ubat. Salah faham diagnosis, boleh salah “ubat”.

4 thoughts on “Penilaian Untuk Masalah Pembelajaran (Specific Learning Disorder/Dyslexia)”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
1
Hello there,
How can I help you?