“Anak dia speech delay.. Mungkin ada AUTISME tu….”
Betul ke ada Autism?
Sebenarnya, jawapan bergantung kepada Individu/kanak-kanak tersebut
KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI SPEECH DELAY TIDAK SEMESTINYA ADA AUTISME
Tetapi, kanak-kanak yang mempunyai Autisme mempunyai Speech Delay.
“Tapi, anak kawan saya yang ada autisme tu boleh bercakap!”
“Speech Delay” adalah salah satu daripada ciri-ciri autisme.
“Speech delay” ni TIDAK BERMAKSUD yang SEMUA budak yang ada AUTISME TIDAK BOLEH BERCAKAP LANGSUNG.
Speech Delay bermaksud seseorang individu mempunyai masalah pertuturan iaitu sama ada tidak bercakap atau lambat bercakap ataupun perkembangan dalam pertuturan tidak setaraf dengan budak yang sama umur dengannya.
APA ITU AUTISME?
“Neurodevelopmental disorders” adalah diagnosis masalah perkembangan yang selalunya diberikan kepada kanak-kanak, seawal 3 tahun dan Autisme adalah salah satu “Neurodevelopmental disorders”.
Individu yang diberikan diagnosis ini mesti mempunyai masalah dalam 3 aspek iaitu dari:-
- Segi masalah pertuturan (speech delay)
- Masalah pergaulan (Tidak berminat untuk bergaul atau bersosial)
- Mmpunyai tingkahlaku stereotipikal (e.g. tingkahlaku terhad dan berulang yang mungkin dianggap aneh oleh masyarakat dan obsesi terhadap sesuatu benda/isu).
Ada segelintir individu yang mempunyai autisme mempunyai KEPANDAIAN DALAM SATU BIDANG (gifted/savant), tapi ini adalah SANGAT JARANG.
SIAPA YANG BOLEH MEMBERI DIAGNOSIS AUTISME?
Di Malaysia, hanya Pakar Psikiatri, Pakar kanak-kanak yang mempunyai penghususan dalam “Child Development” atau dipanggil “Developmental Pediatrician” dan Pakar Psikologi Klinikal sahaja yang boleh memberi diagnosis ini.
Walaubagaimanapun, jika kes adalah terlalu rumit dan sukar untuk dinilai pakar pediatrik dan psikiatri akan menghantar anak untuk penilaian ke pakar psikologi klinikal. Beza penilaian yang dilakukan oleh Pakar Psikologi Klinikal dengan pakar-pakar yang lain adalah penilaian yang dibuat adalah lebih komprehensif dengan menggunakan alat psikologi yang sesuai.
APAKAH TANDA-TANDA YANG MENUNJUKKAN YANG ANAK SAYA MUNGKIN ADA AUTISME?
1. Masih tidak boleh bercakap/ tidak boleh berkomunikasi
2. Kurang kurang “eye contact”- tidak melihat muka orang lain bila orang itu cuba berkomunikasi dengannya.
3. Suka menyendiri/ bermain seorang
4. Mempunyai tingkah laku aneh seperti “hand flapping”, “finger flicking” (cuba lihat contoh di video di bawah)
5. Ada obsesi dengan sesuatu- jika ganggu barang tersebut, dia akan marah.
6. Suka menyusun barang-barang dalam satu baris, jika ada orang mengganggunya, dia akan mengamok.
7. Tidak akan bergaul dengan orang lain
8. Tidak memberi reaksi/wajahnya tidak menunjukkan emosi.
9. Ada echolalia.. Iaitu dia akan ulang sesuatu perkataan /frasa yang dia dengar.
10. Cara dia bercakap adalah berbeza dengan orang lain.
BAGAIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN BANTUAN JIKA SAYA RASA ANAK SAYA MUNGKIN ADA CIRI-CIRI AUTISME?
Dapatkan penilaian psikologi komprehensif daripada pakar psikologi klinikal, pakar psikiatri atau pakar kanak-kanak dengan penghususan dalam “child development” dengan segera.
PROSEDUR UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN DENGAN DOKTOR KERAJAAN
Pertama sekali, bawa anak berjumpa dengan doktor di klinik. Doktor di klinik akan memberi surat rujukan untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Jika pakar kanak-kanak tidak dapat membuat penilaian ataupun rasa yang kes adalah sangat rumit, mereka akan hantar anak untuk berjumpa dengan pakar psikologi klinikal. Perlu diingatkan yang jumlah pakar psikologi klinikal di Malaysia adalah sangat kurang. Ini adalah prosedur untuk yang ingin berjumpa dengan doktor kerajaan.
PROSEDUR UNTUK BERJUMPA DENGAN PAKAR SWASTA
Untuk yang ingin berjumpa dengan doktor swasta, boleh terus berjumpa dengan Pakar Psikologi Klinikal, Pakar Psikiatri atau Pakar Kanak-Kanak (dengan penghususan dalam child development)
MALAYSIA VS. LUAR NEGARA
Secara umum, di negara-negara lain, penilaian Autisme dilakukan oleh pakar psikologi klinikal. Di Malaysia, ada kekangan dari segi kepakaran ini. Berita Harian (1 july 2017) telah mengeluarkan keratan akhbar yang menyatakan hanya 140 pakar psikologi klinikal bertugas di Malaysia.
AMAT PENTING UNTUK MENDAPATKAN PENILAIAN DARI PIHAK YANG BENAR
Perlu diingatkan bahawa tahap teruknya setiap simptom dalam setiap diagnosis adalah berbeza kerana setiap individu adalah berbeza.
Oleh itu, adalah amat penting untuk mendapatkan penilaian psikologi yang komprehensif daripada Ahli Psikologi Klinikal atau pakar-pakar yang lain yang telah dibincangkan di atas untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Untuk Pakar Psikologi Klinikal, selain daripada membuat penilaian samada kanak-kanak tersebut mempunyai Autisme atau tidak, Pakar Psikologi Klinikal juga akan turut membuat penilaian untuk mengetahui jika kanak-kanak tersebut turut mempunyai masalah lain seperti masalah hyper, slow learner, masalah emosi, dan sebagainya.
Hi my daughter is 16 months, I see some unusual sign. I suspect autism. I would like to consult for confirmation. Thanks
Hi there, thank you for your comment. You may contact us at 0135188285 to make the appointment to speak with our clinical psychologist. Looking forward to hear from you soon!
My daughter was referred to specialist for speech delay. When checked in putrajya specialist last 2 years. (she was 2 yrs old). ENT said she is okay…but the other doc there sent her for occupational therapies. She is going to be 4 yrs old in 7 mths time, but i feel she has more than just speech delay problem. Her behaviour is ackward at times. I stil hav problem understanding her needs and wants. She is also having constipation problem (because she hold her bowel) and refuse to use potty for the no 2. Who can tell me exactly what is her problem? i wish i can do more to help her before she starts going to kindy. pls help!
Hi, thank you for your comment. You may consider consulting a clinical psychologist for an assessment. We have sent you a detailed reply via email, feel free to contact us!
Hi, i would like to consult about my son. I want to know that my son have a sign of autisme or not because he like to play with the same toys and spinning in a circle Thank You !
I had son 4 years old.Based on my observation,he had a symptom of autisme..,may i know what is the process to make an appoinment
Hi, anak sy berusia 2thn 2bln dan masih tidak lancar bercakap.sy kadang2 keliru dgn apa yg dia nak.paling merisaukan sy adalah tantrum dia yg kami tidak boleh say no to her needs or what she wants.jika ini adalah salah satu sign sy harap kami dibantu sebab kami tidak tahu dimana kami boleh dapatkan bantuan untuk menangani situasi anak sy
Hi, encik boleh consider bawa anak untuk jumpa psikologis klinikal untuk konsultasi. Adalah penting untuk anak encik menjalani penilaian yang sesuai untuk memahami keadaan dia dan psikologis boleh bagi rekomendasi intervensi yang sesuai supaya anak boleh improve dalam perkembangan.
Hai..Anak Saya berusia 2 tahun 9 bulan. Anak Saya Masih tidak lancar bercakap Dan Masih menggunakan bahasa alien. Tantrum dia tersangat teruk sehingga tahap memukul orang lain. Saya perlukan bantuan untuk mengetahui sama ada Anak Saya mempunyai autism atau tidak Dan berapa kos utk Saya berjumpa dgn pakar Dan bagaimana Saya nak buat temujanji utk berjumpa dgn pakar psikologi klinikal.
Hi puan, puan boleh contact kita untuk buat appointment. Pakar psikologis klinikal kita boleh buat penilaian yang bersesuaian untuk anak.